Wednesday, October 26, 2011

Khasiat Pada Buah Nanas

Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.


Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.


Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.


Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.

Wednesday, February 23, 2011

Penanaman Nanas

Penanaman nanas mempunyai kreteria-kreteria tersendiri. Bagi sesiapa yang ingin mempelajari cara-cara penanaman nanas ini ianya tidak cukup setakat menguasai teori sahaja. Jadi ianya mestilah di praktikkan "On Field"....

Friday, February 11, 2011

Pengenalan.

Nanas (nama saintifik: An an as comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Ianya diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad 16 oleh orang-orang Portugis. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan ini yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".